fikiran aq terganggu seketika.
ptot ke aq keluar kereta Lamborgini E260 berwarna biru sephire kepunyaan ayh aq ni dgn kaki kanan?
tapi aq dudok front sit belah kiri. mcm mne nk keluar kaki kanan? :O
dgn sedikit usaha dan frontflip, ahirnya aq berjaya keluar dgn kaki kanan.
aq lihat mudeen, azwa, que, sami, kuja, nasri semua berlari ke foyer sekolah tanpa menegur "hi!" kat aq.
aq ngn mak aq ngn adik aq pon lari. sbb hujan.
kini aq sudah berada dalam satu barisan yg dihadapannya ada sebuah meja berlebel '3 Bestari'
aq menunggu turn aq pulak untuk menerima sekeping kertas yg ade banyak lubang kat belah tepi dye.
setiap member aq yg amik kertas tu msti lepastu diorang akan peluk parents diorang. lepastu peluk member2 yg lain pulak.
x mungkin kat kertas tu ada ditulis arahan:
PELUK MEREKA YG TERSENARAI:
1) IBU/BAPA ANDA
2) MEMBER ANDA
3) CIKGU. LELAKI
selepas member aq yg kat depan ni menerima kertas tersebut. dye menjerit. jerit hardcore
pastu lompat sambil memeluk ayahnya. pastu peluk aq lak. haha. terbaulah wangian perfume yg dye pakai. ternyata 'uber men, pozess' yg warne hijau tu.
guru kelasku, Cikgu Maslinda. tersenyum lebar melihat wajahku yg x tau la hensem ke x dgn potongan rambut yg hodoh ni.
beliau menyerahkan sekeping kertas kepadaku.
aq menerima dengan tangan kanan.
ternyata tiada arahan yg ditulis disitu untuk aq memeluk sesiape.
hanya sekeping kertas. namun tercatatlah diatas kertas tersebut catatan yang tidak boleh diluahkan dengan kata.
catatan yg melambangkan usaha
catatan yg melambangkan pengorbanan
catatan yg melambangkan tanggungjawab
catatan yg melambangkan kepatuhan
catatan yg melambangkan kesanggupan
catatan yg melambangkan kepeningan
catatan yg melambangkan kemegahan
catatan yg melambangkan kasih sayang
aq selame 3 tahun kat alam shah
alhamdulillah... 8As
ni sbnanye video yg aq janjikan dkt Rachmat uktuk buat kalau aq dpt 8As
No comments:
Post a Comment